26 syarikat disyaki terlibat rasuah tender perolehan tentera disiasat

26 syarikat disyaki terlibat rasuah tender perolehan tentera disiasat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 26 buah syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat tersebut turut terlibat di dalam siasatan itu dan tidak menolak kemungkinan mereka akan direman bagi membantu siasatan.

“SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 buah syarikat tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Pada 23 Disember 2025, SPRM telah ke Kementerian Pertahanan dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Susulan itu, SPRM telah memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung kes tersebut pada 24 Disember tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN