PETALING JAYA: Seramai 23 Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) penggal tahun 2026/2027 mengangkat sumpah jawatan di hadapan Datuk Bandar, Datuk Mohamad Zahri Samingon di Ibu Pejabat MBPJ, di sini hari ini. Pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 31 Disember 2027 menandakan komitmen berterusan MBPJ memperkukuh tadbir urus bandar raya yang lebih cekap, telus dan berintegriti. Mohamad Zahri mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik dan menegaskan…










