KINABATANGAN: Kira-kira 12.5 peratus pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 9 pagi tadi. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, kira-kira 10.5 peratus pengundi telah berbuat demikian. Sebanyak 36 pusat mengundi dibuka bermula pukul 7.30 pagi, dengan kebanyakan pusat dijadualkan ditutup pada pukul 5.30 petang. Terdapat seramai 48,282 pengundi untuk Parlimen Kinabatangan manakala 13,515 di DUN Lamag. Terdahulu,…








