Wanita cari ibu kandung anak angkat untuk urusan dokumen

Wanita cari ibu kandung anak angkat untuk urusan dokumen

NURUL Hidayah (kiri) bersama anak angkatnya, Mohd. Arif Haikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang wanita di Bestari Jaya dekat sini, Nurul Hidayah Shamuri merayu orang ramai untuk mengesan ibu kandung kepada anak jagaannya yang diserahkan sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia menerima bayi itu ketika berumur dua bulan dan ibu kandung itu yang dikenali sebagai Nur Bulan menghilangkan diri selepas pulang ke Indonesia.

Katanya, dia baru sahaja mendapat dokumen sijil lahir anak itu daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dinamakan Mohd. Arif Haikal yang kini berusia 11 tahun.

“Mohd. Arif tidak bersekolah kerana tiada dokumen pengenalan diri. Saya ingin mengambil anak ini sebagai anak angkat dan mahu menghantar dia ke sekolah demi masa depannya.

“Jadi saya merayu ibu kandung kepada Mohd. Arif untuk tampil bagi urusan dokumentasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya di sini hari ini.

Nurul Hidayah berkata, dia telah menganggap Mohd. Arif seperti anak kandung sendiri selepas dijaga sejak lahir lagi.

“Kami menjaga Mohd. Arif sejak dia berusia dua bulan selepas diserahkan ibu kandungnya. Sejak itu saya tidak pernah berjumpanya lagi,” katanya.

Orang ramai yang mengenali ibu Mohd. Arif diminta menghubungi Nurul Hidayah di talian 0183553617. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN