PETALING JAYA: Polis dipersoal kerana tidak segera menyiasat insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka sebagai kes bunuh sejurus kejadian berlaku. Ahli Parlimen DAP, M. Kulasegaran, meminta polis serta Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana siasatan asal diklasifikasi dan mengapa ia tidak dimulakan sebagai kes bunuh sejak awal. Meskipun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu menyambut baik keputusan AGC…










