Utusan dan Kosmo! ungguli Anugerah Media Pembinaan CIDB

Utusan Malaysia dan Kosmo! ungguli Anugerah Media Pembinaan CIDB

MOHD. Sany Misnan (kanan) dan Mohd. Ghazali Alias memenangi dua kategori berasingan dalam Anugerah Media Pembinaan CIDB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Media Mulia Sdn. Bhd. menerusi dua akhbar terbitannya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo! berjaya memenangi dua kategori berasingan dalam Anugerah Media Pembinaan CIDB di sini hari ini.

Penolong Ketua Kreatif Utusan Malaysia, Mohamad Sany Misnan berjaya merangkul tempat kedua Anugerah Infografik Pegun menerusi reka letak bertajuk ‘Menara Condong Teluk Intan, 139 Tahun Kekal Utuh’.

Kemenangan itu membolehkan Mohamad Sany membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000 beserta trofi.

Sementara itu, wartawan Kosmo!, Mohd. Ghazali Alias telah berjaya merangkul tempat pertama Anugerah Media Cetak dan Portal Berita-Rencana.

Cabaran membersih ‘tangan’ Tunku Abdul Rahman’ itu membolehkan Mohd Ghazali membawa hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Alexandar dalam ucaptamanya berkata, penganugerahan ini merupakan pengiktirafan kepada media yang memainkan peranan penting dalam masyarakat.

“Majlis ini merupakan satu periktirafan yang ikhlas terhadap peranan penting media sebagai rakyat strategik Kementerian Kerja Raya (KKR) dan CIDB.

“Objektif utama penganjuran majlis ini adalah untuk menggalakkan penghasilan kandungan media yang berkualiti mengenai industri pembinaan termasuk isu keselamatan tapak pembinaan sekitar serta aspek lain kepada penduduk Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN