Usah ambil mudah prestasi BN di Sabah, terus kerja kuat

Usah ambil mudah prestasi BN di Sabah, terus kerja kuat

FATHUL BARU MAT JAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Prestasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi enam daripada 45 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak boleh dijadikan ukuran terhadap nasib parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, keputusan PRN Sabah tidak terlalu memberi kesan kepada sentimen pengundi di Semenanjung yang lebih me­numpukan isu nasional.

“Pada masa ini, kita tidak berupaya lagi menang atau mendapat majoriti di Sabah namun tidak mustahil kita akan bangkit. Isu-isu nasional di peringkat pusat tidak memberi impak besar kepada rakyat Sabah yang lebih menekankan sentimen parti tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

UMNO dan BN tidak boleh mengambil mudah keputusan ini dan perlu terus be­kerja keras dalam mendepani PRU16.

Prestasi BN di Sabah me­nunjukkan trend kemerosotan sejak beberapa siri PRN, daripada menguasai 59 kerusi pada 2004 dan 2008, 48 kerusi pada 2013, 29 kerusi (2018), 14 kerusi (2020), dan hanya enam kerusi pada PRN Sabah 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN