KUALA LUMPUR: Hubungan lebih daripada lima dekad MCA bersama UMNO dalam Barisan Nasional (BN) kekal utuh meskipun parti itu memberi bayangan bersedia menilai semula kedudukannya dalam gabungan berkenaan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setiap parti mempunyai pendirian politik yang tersendiri, namun UMNO melihat MCA masih komited untuk kekal bersama BN. Menurutnya, perbezaan pandangan antara parti komponen adalah perkara biasa dalam politik namun ia tidak menjejaskan hubungan…










