PORT DICKSON: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini memberi tumpuan kepada member latihan intensif kepada anggota Angkatan Tentera Lubnan (LAF) sebelum pengunduran penuh pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) di negara itu. Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaafar berkata, latihan intensif bagi membolehkan LAF bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih penugasan yang selama ini digalas oleh pasukan Malbatt menerusi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil). “Sebahagian peralatan juga akan kita…










