PETALING JAYA: Misi pencarian pesawat MH370 di dasar Lautan Hindi kini semakin mencabar dan mungkin kotak hitam pesawat itu juga telah rosak. Menurut penyiasat kemalangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar, fokus utama pasukan kini adalah untuk menemukan puing pesawat bagi mengesahkan kedudukan terakhirnya. “Sebarang data daripada kotak hitam berkemungkinan besar tidak dapat diperoleh kerana sudah rosak. “Tanpa maklumat kotak hitam, pasukan akan menghadapi kesukaran untuk memahami mengapa pesawat itu diterbangkan…









