Tragedi dua rentung: Polis syak anak mangsa dalang kejadian

Tragedi dua rentung: Polis syak anak mangsa dalang kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis mengesyaki bahawa tragedi kebakaran yang mengorbankan dua nyawa di Taman Rathna, Butterworth pada 10 Disember lalu mempunyai unsur jenayah dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi oleh anak lelaki mangsa sendiri.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, ketika ini, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu sebelum menghantarnya kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Buat masa ini juga, motif sebenar suspek dipercayai bertindak sedemikian masih belum diketahui kerana dia sedang menerima rawatan di hospital.

“Bagaimanapun, hasil siasatan awal polis mendapati, memang terdapat unsur jenayah dan suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut secara bersendirian. Laporan daripada pihak bomba juga mengesahkan terdapat kesan petrol di dalam rumah ketika kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.41 pagi itu, wanita terbabit, Hayani Yaakob, 50-an dan anak angkatnya, Andra, dijumpai dalam keadaan rentung di ruang tamu berhampiran pintu keluar utama rumah tersebut.

Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu anak kepada Hayani yang berusia dalam lingkungan 20-an, cedera akibat dihempap bumbung dan ditemui berada di ruangan dapur rumah berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN