'Tolong, jangan beri harapan palsu' - Utusan Malaysia

‘Tolong, jangan beri harapan palsu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBELAKANGAN ini, Poklip perasan, banyak juga syarikat pengurusan artis atau kita panggil label ini membuat uji bakat terbuka. Kira baguslah kan. Beri peluang kepada anak-anak muda atau sesiapa sahaja yang mempunyai impian.

Kita pun tahu, untuk menjadi penyanyi atau artis ini, modalnya besar. Pemilihan lagu, konsep, pengedaran dan promosi memerlukan duit yang banyak. Jadi bila bawah label ini, kerja lebih senang.

Lagi pula, sudah tiba masanya kita tidak hanya bergantung harap kepada rancangan realiti sahaja. Kena tunggu program realiti, baru terlihat bakat-bakat mereka di luar sana. Tapi itu tidak selalu berlaku.

Kalau tengok trend rancangan realiti sekarang, lebih kepada membuka lebih peluang kepada artis sedia ada., Big Stage, Famili Duo dan Gegar Vaganza, mereka bukan dari kalangan pendatang baharu.

Jadi dengan penggunaan dan medium media sosial yang lebih meluas, lebih senanglah mereka yang mungkin selama ini memendam bakat boleh mencuba nasib. Silap hari bulan, boleh jadi bintang bersinar.

Cuma itulah, dalam keghairahan anda untuk mengejar cita-cita, Poklip hanya ingin memberi nasihat atau pesanan. Jangan membabi buta menerima apa sahaja tawaran, kontrak tanpa usul periksa.

Sebab bukan sekali dua Poklip mendengar luahan daripada pendatang baharu yang menyesal mengikat kontrak sampai lima tahun lamanya. Tetapi habuk pun tidak ada. Asal boleh dan dianak tiri.

Ramai sebenarnya pendatang baharu yang mungkin tidak bernasib baik dalam pemilihan label. Iyalah, jiwa muda dan tengah teruja untuk jadi artis tetapi terlupa untuk membaca serta meneliti kontrak sebaiknya.

Hujung cerita mulalah rasa menyesal dan tidak boleh berbuat apa-apa sebab masih dalam kontrak. Kena tunggu setahun, dua tahun sehingga lima tahun untuk susun semula strategi mencapai cita-cita.

Ada juga yang akhirnya menguburkan sahaja impian untuk bergelar anak seni. Hanya kerana tidak tahu hala tuju dan mungkin tidak dibantu sebaiknya oleh syarikat pengurusan. Sendu juga akhirnya.

Kasihan tetapi anda juga bukan berumur 10 tahun yang tidak tahu apa-apa. Di kala hidup penuh berteknologi ini, apa kata luangkan seminggu dua untuk meneliti secara details setiap apa yang ada dalam kontrak.

Tempoh kontrak, pembahagian bayaran dan hala tuju semuanya anda perlu tegaskan. Sebab anda perlu tahu, mungkin ada label yang sekadar ‘dambakan’ anda ketika tengah tular sahaja. Bila sudah suam, perlahan dia abaikan. Contoh.

Tetapi dalam pada masa sama, kita tidak boleh menafikan ada kala bukan salah susunan label. Kadang-kadang, anda tidak dilahirkan untuk bergelar bintang. Ini soal rezeki, kita tidak tahu bukan?

Itu yang penting untuk menyusun strategi dan kenal identiti diri sendiri. Jadi artis tidak boleh berpaut dengan nama atau identiti artis lain. Siap tiru suara dan gaya. Selepas itu, harap boleh menang Bintang Popular.

Maaf cakap, anda bukan artis pun. Jangan perasan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN