Tiga ADUN Pas boleh cabar pengosongan kerusi

Tiga ADUN Pas boleh cabar pengosongan kerusi

Sivamurugan Pandian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas negeri di mana mereka dikosongkan boleh mencabar tindakan tersebut menerusi saluran perundangan di mahkamah jika terdapat pelanggaran prosedur atau hak. 

Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Sivamurugan Pandian berkata, bagaimanapun mahkamah lazimnya akan berhati-hati untuk campur ta­ngan melibatkan urusan da­laman parti kecuali wujudnya kecacatan serius. 

“Daripada sudut politik pula, kedudukan mereka kekal lemah dan akan ambil masa untuk dipulihkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Berdasarkan undang-undang tubuh negeri antaranya, seseorang Ahli Dewan Negeri tidak terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri hanya disebabkan oleh pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya. 

Kelmarin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Chuping, dan Guar Sanji selepas ADUN tersebut terhenti keahlian Pas.

Tiga ADUN yang gugur itu masing-masing Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) ekoran mereka bersama lima ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa menyerahkan akuan bersumpah menyatakan penolakan sokongan terhadap Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.

Dalam pada itu, Sivamurugan berkata, krisis yang berlaku itu turut mendedahkan ketegangan dalaman Perikatan Nasional (PN) di Perlis khususnya melibatkan soal kepercayaan dan kawalan politik. 

“Pas masih dominan daripada segi struktur kerajaan negeri, manakala Bersatu berada dalam posisi defensif. Hubungan kedua-duanya jelas retak, walaupun masih terikat oleh kepentingan me­ngekalkan kerajaan,” kata­nya. 

Ujar Sivamurugan, Bersatu juga sewajarnya mengambil pendirian tegas sama ada melalui tindakan disiplin dalaman atau penjelasan rasmi membabitkan lima ADUN mereka yang terlibat. 

Kata beliau, sekiranya perkara itu dibiarkan tanpa penjelasan, situasi tersebut akan menjejaskan disiplin parti, melemahkan autoriti kepimpinan negeri dan memberi isyarat bahawa tindakan mencabar keputusan parti boleh diterima. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN