PETALING JAYA: Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas susulan gempa bumi kuat yang melanda timur laut Jepun, semalam. Menurut Wisma Putra, pihaknya memantau rapi perkembangan semasa selepas gempa bumi bermagnitud 7.5 yang berlaku pada pukul 11.15 malam waktu tempatan, pada kedalaman 54 kilometer, kira-kira 80 kilometer dari pesisir pantai Wilayah Aomori. Kenyataan itu memaklumkan, amaran tsunami…










