KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu hari ini menghantar Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah Di Bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) kepada semua enam Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Bhd. (FGV) sebagai langkah kedua dalam tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap isu tuntutan lot ladang-ladang syarikat berkenaan. Mereka menerima notis perundangan dengan memikul semua beban tanggungjawab atas kesalahan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa…










