PETALING JAYA: Tapak Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang dekat sini memerlukan jaminan kukuh bagi memastikan ia kekal milik awam melalui proses ambil alih tanah dan pewartaan rasmi sebagai tanah rizab atau taman awam supaya tidak dibangunkan sebagai projek hartanah bernilai tinggi. Pakar alam sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Mohd. Fadhil Md. Din berkata, selepas pengambilalihan, tanah perlu diwarta secara rasmi sebagai taman awam atau ruang terbuka…










