KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu kehilangan hasil kira-kira RM600 juta termasuk cukai dan premium berikutan tindakan Felda tidak menjelaskan bayaran perkongsian keuntungan membabitkan penerokaan tanah negeri sejak 40 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan tegas kerajaan negeri mengeluarkan notis larangan pencerobohan terhadap Felda melibatkan ladang-ladang di Terengganu dengan keluasan dianggarkan lebih 15,000 hektar, bukan bersifat konfrontasi. Kata beliau, sebaliknya…










