Tak baik cakap Nadia Brian sudah sendu - Utusan Malaysia

Tak baik cakap Nadia Brian sudah sendu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aduhai, dunia hiburan kita ini pantang kalau seseorang artis itu berdiam, tidak buat perangai, terus dilabel macam-macam.

Ini yang sampai ke telinga Cik Bunga bila ada yang berbisik tentang pelakon cantik manis, Nadia Brian, yang kononnya didakwa sudah sendu. Eh! Sendu macam mana pula itu?

Kononnya, sejak kebelakangan ini nama Nadia kurang dikaitkan dengan gosip cinta. Tiada lagi cerita digandingkan dengan jejaka misteri, tiada khabar angin tentang hendak kahwin, malah isu-isu seksi yang dulu pernah jadi bahan sembang pun sudah lama basi.

Maka disebabkan itu, ada pula yang cepat membuat kesimpulan Nadia sudah sendu. Atau sudah tidak sensasi lagi.

Cik Bunga senyum tawar dengar cerita begini. Bukan apa, sejak bila ukuran kejayaan seorang pelakon bergantung pada gosip cinta dan kontroversi?

Kalau tiada kisah skandal, terus dianggap malap? Alahai, cetek benar pemikiran begitu. Bagi Cik Bunga, diam Nadia itu mungkin tanda dia memilih untuk fokus pada hidup dan kerjaya.

Tidak semua orang suka menjual cerita peribadi untuk kekal relevan. Ada yang lebih selesa berkarya senyap-senyap, tanpa drama, tanpa sensasi murahan.

Lagipun, wajah Nadia masih cantik, bakat masih ada dan rezeki orang kita tak pernah tahu bila datangnya. Hari ini sunyi di media sosial, esok lusa mungkin muncul dengan naskhah hebat yang buat semua terdiam.

Jadi, Cik Bunga rasa tidak manislah melabel seseorang itu sendu hanya kerana tiada gosip panas. Bukan semua yang diam itu tenggelam. Ada yang sedang berenang jauh ke depan, cuma kita saja yang tidak perasan. Begitulah kehidupan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN