PETALING JAYA: Penyedia penyelesaian pembuatan pintar terkemuka Taiwan, Syntec Technology melancarkan pembangunan Fasa II kemudahan Syntec Intelligence Technology di Malaysia dengan pelaburan melebihi RM78 juta. Pengarah Global Syntec Intelligence, Otis Siah berkata, pelaburan tersebut bagi menyokong peningkatan permintaan luar negara serta memperkukuh daya tahan rantaian bekalan global. Katanya, pelaburan tersebut didorong peningkatan permintaan pelanggan daripada industri mesin alat, khususnya dari India dan merupakan sebahagian daripada strategi kapasiti berpandukan pelanggan Kumpulan…










