KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada pukul 8.05 pagi tadi bagi menghadapi pertuduhan rasuah. Sejak awal pagi, wakil media mula memenuhi perkarangan kompleks mahkamah meskipun cuaca hujan renyai-renyai. Kawalan polis turut diperketatkan bagi mengawal pergerakan orang ramai. Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan…










