Suara kita jelas boleh didengari ramai, hari ini kita mungkin menang – Azhar Sulaiman sokong Rita Rudaini

Suara kita jelas boleh didengari ramai, hari ini kita mungkin menang – Azhar Sulaiman sokong Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti tanah air, Azhar Sulaiman tampil mempertahankan Rita Rudaini atas tindakan pelakon berkenaan yang tidak gentar bersuara dalam memperjuangkan hak serta kebajikan anak-anak dan golongan ibu bapa.

Ia selepas pengumuman Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk mewujudkan garis panduan MUAFAKAT Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang bakal memberi kejelasan dan ketelusan dalam semua aspek, termasuk yuran dan pakaian pelajar.

Asyraf Wajdi memaklumkan pihaknya menerusi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) Mara, untuk membentuk jawatankuasa bagi meneliti, memperinci segala aspek yang terkait dengan operasi MUAFAKAT MRSM.

Sebelum ini, Azhar menyuarakan pandangannya serta meminta penjelasan daripada Asyraf Wajdi bagi menjernihkan isu melibatkan isu saman yang diterima Rita Rudaini daripada Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar selepas dakwaan fitnah.

Berdasarkan pemerhatian Azhar, 54, ramai dalam kalangan ibu bapa yang bersetuju dengan tindakan Rita berhubung isu pemilihan pelajar ke institusi tersebut.

Atas perkembangan terbaharu itu, Azhar menyifatkan Rita adalah seorang seperti dirinya yang lantang bersuara apabila suara mereka boleh jelas didengari orang ramai.

“Ta, you are just like me, kita umpama ‘Loud Hailer’ di mana suara kita boleh jelas didengari ramai.

“Oleh itu berhati-hati lah di masa hadapan bila dealing with any sensitif isu yang you perjuangkan. Today we may have won… esok lusa….we’ll never know Darling. Love You (Ex laki kau dalam many dramas),” tulisnya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Sebelum ini, dua ahli akademik mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Terdahulu, pelakon filem Mami Jarum itu mendakwa, wujud kepincangan berlaku dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali Muafakat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN