DI sebalik pintu masuk stesen metro terbaharu Rom di bawah Colosseum, terdapat peti pameran memuatkan ratusan artifak purba yang ditemui sepanjang projek pembinaan yang mengambil masa lebih 10 tahun. Terletak di empat aras hingga kedalaman 32 meter di tengah-tengah Rom, stesen ‘Colosseo-Fori Imperiali’ pada laluan C yang dibuka minggu lalu merupakan satu pencapaian kejuruteraan moden. Dengan harga tiket hanya 1.5 euro (RM7.5), pengunjung boleh mengakses muzium bawah tanah stesen itu…










