PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam usaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung kes yang melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk beberapa kes semasa yang masih dalam siasatan. Satu sumber berkata, SPRM telah mempertingkatkan siasatan terhadap sebuah firma guaman antarabangsa berhubung dakwaan penglibatan firma berkenaan dalam transaksi kewangan yang disyaki berkaitan dengan hasil daripada aktiviti haram melibatkan dana 1MDB. “Firma guaman ini dipercayai terlibat dalam penyelewengan sejumlah AS$1bilion…










