KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia membantu wartawan jenayah meningkatkan keupayaan membongkar isu jenayah dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau mengalu-alukan penubuhan Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA). Menurutnya, ahli digalakkan untuk meneroka bidang kewartawanan penyiasatan. “SPRM turut bersedia menyediakan latihan mengenai prosedur penyiasatan, teknik asas siasatan jenayah, asas undang-undang jenayah serta teknik temu bual sebagai pendedahan kepada wartawan yang…










