PETALING JAYA: Lebih RM8.4 bilion hasil rasuah berjaya dirampas dan dipulihkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi pelbagai tindakan penguatkuasaan bermula awal tahun ini sehingga 30 November lalu. Daripada jumlah itu, sitaan aset mencatat nilai tertinggi melibatkan RM6.82 bilion iaitu sebanyak RM6.26 bilion dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). Manakala RM566.77 juta disita mengikut Akta SPRM 2009. SPRM…










