Spring Airlines mula penerbangan harian Shanghai-Pulau Pinang, Januari ini

Spring Airlines mula penerbangan harian Shanghai-Pulau Pinang, Januari ini

YEOH Soon Hin (tiga dari kiri) menunjukkan replika kapal terbang Spring Airlines bagi menandakan permulaan penerbangan harian terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai ke LTAPP pada 30 Januari 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Syarikat penerbangan dari China, Spring Airlines akan memulakan penerbangan harian terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 30 Januari 2026.

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, perkhidmatan tu menjadikan Spring Airlines sebagai syarikat penerbangan ketiga yang mengendalikan laluan Shanghai-Pulau Pinang selepas Juneyao Airlines dan Shanghai Airlines sekali gus mengukuhkan lagi jaringan udara antara Pulau Pinang dan China.

Katanya, penerbangan menggunakan pesawat Airbus A320 itu melibatkan laluan sejauh kira-kira 3,645 kilometer (km) dan mengambil masa hampir enam jam selain dijangka memberi lebih banyak pilihan serta kemudahan kepada pelancong dari Shanghai dan kawasan sekitarnya.

“Pembukaan laluan harian yang menghubungkan Pulau Pinang secara langsung dengan salah satu bandar paling dinamik di China iaitu Shanghai memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pilihan utama pelancong dari China,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Soon Hin berkata, peningkatan jumlah pelancong secara tidak langsung akan memberi limpahan manfaat kepada sektor hospitaliti, perniagaan tempatan serta komuniti setempat di samping merancakkan lagi ekosistem pelancongan negeri.

“Perkembangan jaringan penerbangan itu juga mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala dengan China, khususnya dalam sektor penerbangan dan pelancongan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN