PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Disember ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah. Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya telah telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul semalam dan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya semalam berhubung kekosongan luar jangka…










