Siti Saerah tegas, pelajaran anak-anak tetap diutamakan - Utusan Malaysia

Siti Saerah tegas, pelajaran anak-anak tetap diutamakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Saerah Tarudin, 42, terus memastikan pelajaran Amad Dayyan sentiasa terjaga meskipun aktiviti nyanyian anak keduanya itu bertambah rancak selepas menyertai program Talk To My Manager yang berakhir Oktober lepas.

Malah, pemilik nama penuh Siti Nursairah Tarudin berkata dia dan suami akan terus memantau aktiviti nyanyian Amad agar pembelajaran mereka tidak terganggu.

“Setakat ini, tawaran nyanyian yang Amad terima adalah yang berlangsung pada hujung minggu sahaja. 

“Sebagai ibu saya tak mahu pelajaran anak saya terganggu lebih-lebih lagi apabila tiba musim peperiksaan.

“Alhamdulillah setakat ini aktiviti nyanyian Amad dan kakaknya, Umairah tidak mengganggu pelajaran mereka,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Countdown KITA 2026, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Saerah juga bersyukur kerana suaminya, Mohd. Sharidan Johari turut membantu menguruskan jadual persekolahan anak-anak dan aktiviti nyanyian mereka.

“Alhamdulillah, saya tidak terbeban menguruskan dua anak yang aktif menyanyi kerana dibantu suami. 

“Lebih memudahkan lagi apabila kerjaya nyanyian Umai pun diurus ibu saudaranya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. 

“Dan kalau pun saya perlu menemani Umai untuk membuat persembahan, suami pula akan menemani dan menjaga Amad. Saya berterima kasih kepada suami yang banyak memudahkan urusan,” ujarnya. – UTUSAN  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN