PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM13.9 juta yang menggunakan Perodua Myvi sebagai salah satu kenderaan utama membawa guni berisi bahan terlarang itu. Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejayaan itu dicapai melalui operasi bersepadu pada 1 Disember yang menumpaskan sindiket yang aktif di sekitar Lembah Klang dan Perak. Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah pasar raya di Petaling Jaya…










