SEOUL: Bintang program realiti Physical: 100, Cha Hyun Seung mengesahkan dirinya kini bebas kanser leukemia.
Khabar gembira itu dikongsikan baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik dalam saluran Youtubenya.
“Saya pulang ke rumah selepas disahkan sembuh. Sukar untuk saya mempercayainya, tapi saya sangat gembira.
“Saya mulakan rawatan sekitar Mei, dan sekarang sebelum Hari Natal (pulih). Terasa seperti dihadiahkan peluang kedua,” katanya.
Hyun Seung yang pernah membintangi program realiti, Single Inferno, pada Jun lepas memaklumkan disahkan menghidap kanser.
Dia mengambil keputusan untuk berehat daripada aktiviti seni bagi menjalani rawatan.
Pelakon kelahiran Seoul berusia 34 tahun itu sepanjang menjalani rawatan berkongsi pengalaman menerusi video-video yang dimuat naik di Youtube.
“Antara prosedur paling menyakitkan adalah ujian tulang sumsum. Tidak tertanggung sakitnya sehingga kaki menjadi kebas,” kongsinya.










