PETALING JAYA: Sektor pertanian negara merekodkan nilai pengeluaran sebanyak RM186.4 bilion, sekali gus membuktikan peranannya sebagai antara penyumbang penting kepada ekonomi negara. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, dapatan itu merangkumi keseluruhan aktiviti pertanian melibatkan subsektor tanaman, ternakan dan perikanan di seluruh negara. Katanya, nilai tersebut mencerminkan skala sebenar sektor pertanian yang bukan sahaja menyokong keselamatan makanan negara, malah menyediakan sumber pendapatan kepada lebih sejuta pengusaha…










