Saya tidak akan bertolak-ansur dengan manusia biadab - Elyana

Saya tidak akan bertolak-ansur dengan manusia biadab – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Selepas ini siapa yang macam pengecut, saya tepek sekali muka di sini.” Demikian amaran penyanyi Elyana, yang tahap kesabarannya diuji dengan netizen biadab yang menulis komen jahat di media sosial.

Menurut Elyana, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan bagi memberi kesedaran kepada indvidu-individu berkenaan.

“Maaf, saya ini tak kacau orang dan tak suka berkelakuan biadab dengan orang.

“Mulai hari ini, saya tidak akan bertolak-ansur dengan manusia biadab.

“Selepas ini siapa yang macam pengecut, saya tepek sekali muka di sini. Win-win situation,” tulisnya di Instagram.

Reaksi Elyana itu susulan tindakan seorang netizen yang mengkritik penampilan penyanyi berkenaan.

Elyana dalam masa yang sama menjelaskan coretannya tentang sel kanser yang kembali merebak bukan untuk menagih simpati sesiapa.

“Selama 15 tahun sakit, saya tak pernah menyusahkan sesiapa. Saya hadap dan tahan seorang diri.

“Saya seorang pesakit yang boleh membantu orang lain ketika sakit. Bahkan orang yang sihat pun saya tolong tanpa memikirkan diri sendiri.

Elyana sebelum ini memakkumkan dia kembali menjalani rawatan kemoterapi ekoran sel kanser yang kembali merebak.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu menghidap barah limfoma tahap empat sejak 2010 sebelum disahkan bebas kanser pada 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN