Salih mahu bekerja, tapi kesihatannya tidak mengizinkan - Utusan Malaysia

Salih mahu bekerja, tapi kesihatannya tidak mengizinkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, 51, mencadangkan kutipan dana dilakukan untuk membantu Salih Yaacob, 64, yang diuji masalah kesihatan.

Menurut Sharifah atau lebih dikenali sebagai Shiera, usaha tersebut sekurang-kurangnya membantu mengurangkan beban pelawak dan pelakon veteran tersebut.

“Beliau mahu bekerja, tetapi kesihatannya tidak mengizinkan.

“Ada yang cadangkan berikan beliau kerja berlakon supaya beliau ada pendapatan. Hakikatnya, Salih sudah tidak mampu bekerja.

“Jadi apa kata kita, sebagai rakan artis, buat kutipan untuk membantu artis-artis yang dalam kesusahan seperti beliau.

“Tidak wajar beliau disuruh bekerja kerana sudah tidak berkemampuan,” katanya yang sebelum ini menziarahi pelawak veteran itu di hospital.

Salih November lalu dimasukkan ke Hospital Ampang kerana masalah darah tinggi.

Menurut Sharifah, isteri bekas penyampai radio itu memaklumkan Salih, selain mengalami darah tinggi, juga diserang strok ringan.

“Walaupun tidak sihat, beliau masih boleh bergelak ketawa, sentiasa positif.

“Doktor nasihatkan supaya beliau banyak bergerak kerana ototnya semakin lemah kerana banyak baring.

“Apa pun beliau mengalu-alukan sesiapa yang mahu datang menziarahnya,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN