PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar digugurkan daripada senarai Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.
Mohd. Na’im digantikan dengan Timbalannya, Zulkifli Hasan yang dinaikkan jawatan penuh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, turut digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Perpaduan, Saraswathy Kamdasamy.
Zaliha digantikan oleh Hannah Yeoh yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.
Anwar merakamkan penghargaan kepada tiga anggota Kabinet itu yang melaksanakan khidmat
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan menteri dan timbalan menteri yang telah menyumbangkan tenaga bakti melalui kementerian dan kepada negara sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini. – UTUSAN










