Nama Allahyarham Rejab Ismail atau lebih dikenali sebagai Rejab FI sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan ranah penulisan karya sastera di Perlis. Hal ini terbukti apabila nama Rejab pasti akan muncul atau disebut-sebut, apabila memperkatakan tentang penulis-penulis karya sastera negeri itu. Begitu sinonimnya nama Rejab dengan dunia penulisan karya sastera di negeri Indera Kayangan ini. Rejab yang kembali ke Rahmatullah pada 30 September lalu, meninggalkan isteri Fatimah Taha dan tiga anak…










