PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram selepas berpuas hati tiada prospek kejayaan jika rayuan diteruskan di Mahkamah Rayuan. AGC menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima rekod rayuan daripada Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2025 berhubung keputusan tersebut setelah meneliti sepenuhnya alasan penghakiman yang telah diperolehi. “Antara faktor utama…










