Rakyat Malaysia maut di Phatthalung

Rakyat Malaysia maut di Phatthalung

MUHAMMAD Ammar Hazik Sazali maut dalam kemalangan di Daerah Ta Mod, Phatthalung, Thailad, Ahad lalu.- IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHATTHALUNG (THAILAND): Seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan membabitkan motosikal ditunggangnya dengan sebuah treler di Lebuhraya Asia di Daerah Ta Mod di sini, Ahad lalu.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Ta Mod, Lt. Polis Akom Pachan berkata, Muhammad Ammar Hazik Sazali, 21, maut di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan.

Katanya, kemalangan berlaku di persimpangan Mae Khri apabila mangsa dilaporkan merempuh belakang sebuah treler ketika berkonvoi bersama lebih 10 lagi rakannya.

“Pasukan perubatan dihantar ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kecemasan, tetapi mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke hospital dan polis berurusan dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla untuk urusan membawa pulang jenazah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikal ketika treler berkenaan dipandu perlahan untuk berhenti di persimpangan berkenaan.

“Mangsa sedang dalam perjalanan bersama sekumpulan rakannya dengan lebih 10 motosikal, menuju ke sebuah kafe di Daerah Khuan Khanun untuk bersarapan pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN