Putus cinta lagi, Yazmin Aziz terkena penyakit ain? - Utusan Malaysia

Putus cinta lagi, Yazmin Aziz terkena penyakit ain?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nampaknya penyanyi dan bekas peserta program Big Stage, Yazmin Aziz, sekali lagi jadi bualan apabila timbul khabar angin bahawa dia sudah putus cinta dengan kekasihnya, Simon Joseph Javier, seorang duda berasal dari Filipina.

Khabar itu timbul selepas ramai perasan mereka jarang muncul bersama di media sosial seperti dulu. Tiada lagi gambar manis, tiada lagi video mesra yang selalu mencuri perhatian peminat.

Seperti biasa, Cik Bunga perasan, apabila tiada penjelasan, warganet mula membuat pelbagai andaian.

Ada yang menyindir kononnya perpisahan itu umpama satu ‘pengajaran’ kepada Yazmin gara-gara sering sangat mempamerkan kemesraan bak suami isteri di media sosial dan juga di tempat umum. Dalam erti kata lain, orang mahu cakap ‘padan mukalah’ kepada Yazmin.

Tidak kurang juga dengan pendapat yang mengaitkan perkara ini dengan ‘penyakit ain’, kononnya terlalu kerap menunjuk kebahagiaan menyebabkan terkena pandangan hasad dengki orang.

Ada juga Cik Bunga dengar dakwaan bahawa bekas kekasih Yazmin itu kononnya seorang lelaki yang red flag. Tetapi yang bagaimana tidak pula Cik Bunga tahu sampaikan ada yang kata perangai buruknya itu sudah lama diketahui oleh orang di Filipina. Iyalah, dia pun merupakan selebriti di sana, pasti kehidupannya juga sentiasa mencuri perhatian orang ramai.

Tetapi dalam hal ini, jika mahu kaitkan dengan penyakit ain, Cik Bunga rasa tidak perlu. Mungkin sebenarnya hubungan mereka ada yang tidak kena, wujud salah faham atau sebagainya. Perkara itu hanya Yazmin dan bekas kekasihnya sahaja tahu.

Cik Bunga cuma hendak pesan, kalau tidak tahu cerita sebenar, janganlah kita cepat mengata. Tidak manis begitu. Yazmin pun muda lagi, mungkin perkahwinan bukan apa yang dikejarkannya sekarang. Apa susah, orang cantik, ada kerjaya, cari sahaja kekasih baharu. Ramai lagi lelaki bujang yang mahu jadi kekasih Yazmin, tak begitu?-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN