PETALING JAYA: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) mencipta sejarah dalam landskap penjagaan kesihatan negara apabila menjadi hospital pertama di Malaysia memperkenalkan pengimbas CT pengiraan foton, teknologi generasi baharu yang menetapkan penanda aras baharu dalam pengimejan perubatan. Pengenalan teknologi berprestasi tinggi itu membolehkan pengimejan resolusi ultra tinggi bagi pelbagai disiplin klinikal termasuk kardiologi, neurologi, onkologi, muskuloskeletal, pediatrik dan pulmonologi, di samping mengurangkan pendedahan radiasi kepada pesakit. Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan…







