MELAKA: Kerajaan negeri mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan (ZEAS) melibatkan tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, cadangan mewujudkan zon tersebut sebagai medium terbaik mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan di ketiga-tiga negeri terbabit. Menurutnya, zon tersebut dijangka akan melengkapkan pembangunan infrastruktur dan meningkatkan ekonomi negeri melalui pelbagai sektor termasuk perindustrian, pelancongan serta pertanian. “Pembangunan zon…










