Prihatin nasib Cha Moi, Steven Sim janji bina kediaman baharu

Prihatin nasib Cha Moi, Steven Sim janji bina kediaman baharu

STEVEN Sim Chee Keong (kiri) ketika mengunjungi rumah Fu Chaw Mee atau Auntie Cha Moi di Kampung Baru Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Pada usia yang mencecah 89 tahun, Fu Chaw Mee atau mesra dipanggil sebagai Auntie Cha Moi masih tinggal dalam sebuah rumah usang berusia 70 tahun di Kampung Baru Berapit di sini.

Wanita itu tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 57 tahun, namun, anaknya itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya melakukan kerja-kerja kampung sahaja.

Empat lagi anaknya juga hidup dalam keadaan serba kekurangan seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dan hanya membantu ibu mereka sekadar terdaya termasuk salah seorang anaknya, Chew Kuan Lian, 63, yang tinggal berdekatan.

Bagaimanapun, kisah hidup wanita tua itu akhirnya mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, semalam.

Menurut Steven yang berpeluang menziarahi Chaw Mee, beliau berasa sayu apabila melihat keadaan rumah yang didiami oleh wanita tersebut bersama anak lelakinya.

“Suami Auntie Cha Moi sudah meninggal dunia 25 tahun lalu. Kini, yang ada hanya kenangan hidup sebagai suami isteri. Hari ini (semalam), rumah itu sudah uzur dan hampir roboh. Apatah lagi ketika hujan, air menitis jatuh ke tempat tidurnya,” kata Steven dalam status Facebook.

Jelas Steven, dalam usia seperti itu, wanita berkenaan sepatutnya menikmati hari-hari tua yang lebih tenang dan bahagia bersama anak-anaknya yang tercinta.

“Tapi, setiap malam Auntie terpaksa tidur bertemankan bunyi titisan air dari atap yang bocor, lantai yang retak dan dinding yang reput. Tiada kipas yang berfungsi, bilik air pun lantai licin dan tidak selamat. Tiada ruang yang benar-benar selesa untuk seorang warga emas yang telah melalui begitu banyak liku kehidupan.

“Tak apa, Steven janji, kita akan bina rumah baharu, rumah yang selamat, rumah yang ‘bermaruah’ kerana tiada siapa yang patut lalui usia senja dalam keadaan begini. Jangan risau Auntie, Tahun Baharu Cina ini, Steven pastikan Auntie sambut di rumah yang baru,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN