PUTRAJAYA: Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan semakan kehakiman oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul untuk tidak mengosongkan empat kerusi Parlimen Sabah. Sebelum ini, Bersatu memfailkan semakan kehakiman yang antara lain memohon supaya Johari mengisytiharkan empat kerusi Parlimen; Papar, Batu Sapi, Ranau dan Sipitang yang sebelum ini dimenangi calon parti berkenaan kosong…










