Polis Kedah siasat video tular pelajar tahfiz dirotan

Polis Kedah siasat video tular pelajar tahfiz dirotan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis mengambil keterangan seorang warden maahad tahfiz berusia 26 tahun berhubung insiden seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun dirotan di Sungai Kob, Kulim yang kejadian itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu dipercayai berlaku kerana mangsa yang baru tujuh bulan belajar di tahfiz itu didakwa mengganggu rakan-rakannya yang sedang belajar.

“Bapa mangsa membuat laporan polis pada 3 Oktober selepas mendapati lebam pada tubuh anaknya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian diserahkan kepada pihak pendakwa raya pada 18 Disember.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Adzli berkata, setakat ini pihaknya belum membuat tangkapan ke atas suspek berkenaan.

“Saya akan maklumkan perkembangan terkini dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video selama 48 saat yang memaparkan seorang murid lelaki dilihat terpaksa menahan kesakitan ketika dirotan oleh seorang lelaki dewasa di dalam bilik asrama di hadapan rakan-rakannya yang lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN