PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan berhubung insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka akan dijalankan secara telus. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail juga berkata, PDRM tidak akan berkompromi jika berlaku sebarang bentuk salah laku oleh pihak polis dalam kes itu. “PDRM menegaskan komitmen untuk memastikan setiap proses siasatan dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berlandaskan undang-undang demi menjamin keadilan kepada semua pihak.…










