PETALING JAYA: Pertandingan Mut Perundangan Angkasa 2025 (PMPA 2025) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menyasarkan sumbangan satu peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam sektor industri angkasa selari dengan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030). Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Datuk Ruziah Shafei berkata, program tersebut juga dilihat sebagai langkah awal penjenamaan Malaysia sebagai hab serantau tadbir urus angkasa dengan pembangunan sebanyak 5,000 tenaga pakar. Beliau…










