KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bakal dibentang di Dewan Rakyat tahun hadapan. Ia bertujuan membezakan antara pemberi maklumat sebenar dan penjenayah yang cuba berselindung di sebalik undang-undang berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan itu juga bertujuan memperjelas peranan whistleblower supaya perlindungan undang-undang hanya diberikan kepada individu yang benar-benar melaporkan salah laku. Katanya, kerajaan telah menetapkan seorang menteri yang bertanggungjawab dalam memastikan undang-undang tersebut…










