PETALING JAYA: Perodua melabur lebih RM11 bilion bagi pembelian komponen pada tahun ini dan akan meningkat kepada RM11.5 bilion tahun depan bagi menyokong pembangunan kenderaan dan perkembangan vendor tempatan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pembangunan industri automotif tempatan dengan pengenalan kesemua model baharu yang menyumbang sehingga 95 peratus kandungan tempatan. “Pengeluaran komponen tempatan yang tinggi bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, malah memperkukuh rantaian…










