TUMPAT: Harga ikan naik kepada 30 peratus susulan permintaan tinggi semasa musim tengkujuh yang sedang melanda negeri-negeri Pantai Timur. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, pemantauan yang dijalankan pihaknya pada bulan ini mendapati berlaku kenaikan harga ikan di pasaran, namun peningkatan itu tidak berlaku secara meluas. Katanya, buat masa ini, tidak semua peniaga dikesan menaikkan harga ikan sebaliknya ia melibatkan lokasi tertentu…










