KUALA LUMPUR: Perdana Menteri memberi jaminan perjanjian perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menjejaskan kerjasama sedia ada dengan China. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah memberikan penjelasan sewajarnya berhubung perkara tersebut dan menegaskan bahawa China kekal sebagai rakan dagang yang sangat penting kepada Malaysia. “Mereka (China) mahukan sedikit penjelasan dan kita telah berikan. Saya tidak fikir kita perlu membesar-besarkannya. “Dalam perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri, Li…









