KEMUNCULAN peralatan moden bagi membersihkan rumah tidak pernah mematahkan semangat Muda Mahammadiah dari Kampung Baru Rhu Muda, Marang, Terengganu menghasilkan penyapu lidi. Sejak tiga tahun lalu, Muda, 78, tekun meraut lidi daripada pelepah daun kelapa untuk dijadikan penyapu yang dijual pada harga RM4 seikat, sekali gus menjadi sumber pendapatan buat keluarganya. Dalam sehari, warga emas berkenaan yang dibantu isterinya, Khatijah Ngah, 59, mampu menyiapkan antara 20 hingga 30 ikat penyapu…










